Monday, May 2, 2011

So Longgg



Hari Sabtu bebaru nie Lecturer Kimia kitorang Puan Rohaiza ada buat memakan sikit dekat rumah dia. Rupanya memang setiap sem dia akan jempot student dia datang rumah makan. Sampai Ummul pon dah tau dah rumah dia. Ummul tue perkhidmatan van kat UiTM Arau. Dah nama pon makan free. Siapa taknak serbu kan? Ada jugak yang tak serbu. Itu lantak sama mereka. Bagi aku upacara makan ramai-ramai dan free ini haruslah pergi! heheh. Tambah-tambah lak ini last nak bersama. Sentimental value itu kena ada sikit.

Pukul 2.30 petang berkumpul dekat mushroom. Dalam pukul 3 sampai la rumah Puan. Oh rumah dia sangat luas okayy. Spacious gila! Suka aku. Budak laki naik moto. Dan yang bijak nya diorang kasi peta kat kitorang. Haishhh. Ingat kan diorang dah tau dah alamat. Rupanya tidak. Lepas tue sesat kalut la nak call. Kasi direction pon tak paham. At last Wan yang pegi ambik kat tepi jalan. 


bukan susah pon nak ingat peta nie.

sedaya upaya memberi arah tuju ke rumah


Perut dah la lapar. Nak makan dulu tak boleh tunggu budak laki. Iskkk. Sementara menunggu kedatangan jejaka-jejaka itu yang perempuan mula la bergambar.






tunggu masa nak serbu je



Setelah menunngu dan terus menunggu. Sampai jugak akhirnya jejaka-jejaka kesayangan aku nie haa. Sesi mengisi perut pon bermula. Benda pertama yang aku makan adalah kek batik. Sedap kot. First time makan yang orang buat. Sebelum nie asyik beli time bulan puasa je. Paham-paham je la kan orang berniaga nak untung je lebih sedap tak la sangat. Ada jugak puding roti kalo tak silap aku. Then ada nasi goreng, spaghetti, sup sayur dan ada ikan tak tau masak apa sebab aku tak ambik. hehe. Makanan sedap-sedap belaka. Terima kasih puan. Next time jemput lagi tau.





for the next 5 years I'm so gonna miss this

jejaka-jejaka kesayangan

so long Rif :(


Rif tak boleh nak join makan-makan sekali sebab parents dia dari Kelantan dah sampai. So dia hanya sempat singgah dan bungkus makanan je la. Budak-budak yang lain dah tacing-tacing sampat merah hidung dan mata. hihi. Aku? Aku sedih la sekali tapi paham-paham je la orang hati kering macam aku punya reaksi kan. Serious aku akan rindu dekat Rif sebab selalu bertekak dengan dia tak kira di mana berada. Siapa pulak nak berdrama dengan aku lepas nie?




idea nak tangkap gambar time sesi air mata datang lambat! kalo tak hajat nak rakam video. bila tengok lagi 10tahun mesti lawak gila

itu Khairanee dan Bob. tidak, mereka tak ada apa-apa.hihi

itu Kimah dan Katun. mereka jugak tak ada apa-apa.

budak nanges 1

budak nanges 2







ini la akibat tinggal kan camera atas meja. bukak-bukak je macam-macam jenis gambar ada =.='







ikeram tak beberapa nak mulia.

Pak Mun aka Bang Long baru. haha

Dalam pukul 5 petang aku terpaksa chow dari situ sebab kakak dan baby dah nak sampai arau. Dan aku lagi 80% tak pack lagi. Merempit buat kali terakhir dengan Wan. Nak balik tapi tak nak balik je rasa. Cepat betol 3 tahun berlalu. Aku pon nak masuk 21 tahun nie. Rasa macam baru hari tue daftar. Terima kasih kawan-kawan. I'm so gonna miss you guys.



No comments: