Friday, May 27, 2011

Jerawat



Yep. Sape yang tak pernah mengalami masalah jerawat nie memang antara orang yang rugi la. hahaha. Jerawat adalah sejenis entiti yang sering mengganggu ketenangan sesetengah manusia. Ada yang sampai tak nak keluar rumah sebab malu ada jerawat. But life must go one. Aku tak suka betol kalau naik jerawat yang besar, sakit dan gatal. Bila garu sikit rasa sakit bengkak. Paling sakit kalau tergaru. Perghh. Dan aku memang naik mood betol bila jerawat mula nak masak dan ada nanah kat dalam. Time tue memang aku rasa nak picittttt je. Dan selalu nya memang aku picit pon. hahaha! booo.


Antara hot spot jerawat lepak :

1. Hidung
   Kat sini la antara tempat yang paling best skali nak lepak. Kalau naik jerawat kat sini memang best la. Jerawat selalunya besar dan merah dan sakit. Amik masa yang panjang kot nak surut. Yela nama pon hotspot, mesti nak lepak lama kan.

2. Dagu dan Dahi
  Ini pon tempat feveret. Tapi aku jarang naik dekat dahi. Selalu dekat dagu lagi. Tambah tambah kalau nak dekat period. Tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.

3. Pipi
    Hurmm. Dekat sini paling aku sedih. Sebab kalau naik jadi parut memang ambik masa yang lama nak hilang. Dah la dekat pipi. Tak boleh nak cover. Pakai topeng laaa.

4. Telinga
   Yup. Aku pernah naik jerawat dalam telinga. Gila sakit oiiiii! Sebab aku tak tau yang ada jerawat sedang membesar dalam telinga nie. Entah macam mana aku rasa macam nak picit telinga. Mak oiii. Serious sakit wa cakap. Pastu pecah keluar darah banyak kot. Aku tak tau la rupa sebenar dia macam mana sebab mata aku tak boleh tengok dalam telinga.


Dan paling tak suka sekali PARUT. Walaupon tak picit. Tapi masih tinggalkan parut. Lebih baik picit je kan! Parut nie la yang menyebabkan aku stress. Lagi stress dari naik jerawat sebab parut last for months. Even years! Dulu aku mengalami masalah jerawat yang agak teruk dan pelik pada tahun 2008-2009. Naik dekat leher bawah jaw line. Dan jerawat yg naik bukan yg jenis pasir. Yang besar pulak tue. Kat pipi pon naik. Berminggu minggu hinggap tapi tak surut-surut. Serious sedih sebab time sekolah menengah aku agak flawless la. Kalo naik pon dekat dahi atau dagu. Mild sahaja. Kira nya aku nie tergolong dalam orang yg mengalami adult acne la. Which is not good. Sebab bila dah lanjut usia nie kadar pemulihan kulit muka menurun. Dan selalunya masalah jerawat nie tak kan berhenti sampai la lewat 20an atau 30an. Berbanding kawan kawan aku yang dulu time sekolah, sekarang licin dah muka. Dengki hati ini melihatnya. Tapi yang paling aku dengki dekat kawan kawan yang kat sekolah flawless, sekarang pon flawless jugak. Rasa nak cakar-cakar je kulit diorang. Rasa macam nak share je jerawat nie dekat diorang. Sharing is caring kan. 

Berbalik kepada masalah jerawat yang aku hadapi, aku cuba pelbagai produk. Garnier dan Oxy hanya memberi janji kosong. Produk muka untuk masalah jerawat nie selalunya agak akan mengeringkan kulit muka. Dan lagi mengusutkan keadaan kulit aku nie haa. Jerawat dok macam tue je. Kemudian aku try Eucerin. Kurang la sikit tapi jerawat dekat leher tue tetap tak hilang. Ayah aku da naik bising da ibarat jerawat itu dia yang punya. Hati orang yang menanggung nie sapa yang tahu? haha. Sampai la satu hari nie Baby ada terbukak website nie. Dia saran kan guna benzyl peroxide untuk membasmi segala jerawat. Sebab jerawat tak boleh hidup dalam persekitaran yg beroksigen. More info baca la kat situ. Dan aku rasa benda tue la yang menyelamatkan kulit aku dari gangguan jerawat. Aku tak kata sekarang kulit aku flawless. Masih berjerawat. And guess what, parut tahun 2008 tue masih ada. Tak hilang hilang. Bio Oil pon tak dapat membantu hilangkan 100%. Tapi tak apa. Yang penting misteri jerawat di leher sudah dihapuskan. Tak lagi orang bertanya, 'apa tue dekat leher?'.. Sebab jarang kot orang naik jerawat dekat leher. huhu. Tiba-tiba emo memikirkan keadaan dulu. Macam mana rasa diri nie hodoh. (sampai sekarang rasa macam tue). Iyela. Siapa yang taknak kulit gebu macam bintang k-pop kesukaan ramai tue kan. Best nyaa. 

Okay dah. Itu je la aku nak share. Tak tau kenapa tiba-tiba nak cakap pasal jerawat. hihi. Sekarang nie aku masih dalam proses pemulihan. Dark spots masih ada. Banyak. Sebab aku jenis yang senang naik parut laa. Leceh betol! Ntah bila la nak boleh dapat kulit gebu macam Natalie Portman mahupun Scarlett Johanson dan paling penting seperti Angelina Jolie. 

nak macam nie.paham tak macam nie?

3 comments:

Cera said...

Hye theree.. I just wanna ask, ape product u mkn fr hilangkn jerawat kt leher? Sayaa pon ada maslaah yg samaa :( dkt jawline ke bawahj. Sedih..

Insomniac. said...

hey. oh saya tak ada consume apa2 untuk jerawat. dan orang kata bila jerawat naik kat leher tanda nya badan kita banyak toxic. so dia keluar kat situ. try ambik elken punya spirulina utk detoxify. dulu saya ambik tapi bila dah habis malas nk beli sampai sekarang.

kalau ubat sapu, try pergi farmasi cari benzoyl peroxide 2.5%. tapi bila guna kulit akan merah sikit sbb burn. so pakai sikit2 je.

hope this helps.

Unknown said...

Punca Tumbuh, Naik Jerawat.
http://lemangpanas90.blogspot.my/2015/08/punca-tumbuh-naik-jerawat.html