Monday, April 11, 2011

saya dah gila.

Rasa gila, stress, kecewa, fed up, fuck up, geram semua ada sekarang. Aku tak tau la kenapa hari nie semua benda tak jadi. Tau la ini ketentuan Tuhan dan aku terima dengan pasrah. Tapi tak salah kot kalau nak kata yang aku dah fed up. PENAT.

Seperti yang dijangkakan, akhir akhir sem nie memang sibuk gila vavi. Dan aku memang redha je nak menghadapi hari Isnin sebab ada test 3 biology pukul 2.30 dan presentation ETR pukul 4.30. Tapi nak siap kan ETR memang separuh mampos. Iyelah kan, kite nie bukan budak business related so bab bab keusahawanan nie memang lembab la sikit. Dengan progression tak berjalan. Satu part sangkut, yang lain lain pon sangkut. Hari minggu baru baru nie memang mengadap benda yang sama je la. Tidor pukul 4 pagi itu biasa. Semalam hari Ahad memang hardcore la nak siapkan kerja. Dengan bio tak ingat sepatah haram. Aku memang dah celaru sebab ingat nak perform la sikit test 3 nie memikirkan test 2 hari tue ke longkang. hihihi.

Demi biology, semalam aku tidor pukul 12.30pg. Bangun balik pukul 3.30pg nak study. Awal ingat tak nak tidor. Tapi mungkin sebab badan dah letih sangat otak dah tak boleh focus. Rasa macam bodo je.haha. Berjaya bangun pukul 3.30. Usaha la buat kopi nak bagi fresh balik. You see my effort here?! 

My 4 in the morning face.
Main-main jap dengan webcam tak nak kasi stress sangat konon.hihi. Study sampai 7.30pg tiba-tiba badan rasa kong balik. Kopi dah abes kot dalam badan. Take a nap la kejap sampai pukul 8.20pg. Pukul 10 ada kelas english. Nak tak nak terpaksa la pergi kelas. Pegi pegi. Lecturer tak datang pon. Geng aku je yang pegi kelas. Yang lain tak tau hilang. Barangkali memang diorang tak nak pergi kelas kot. Memang sakit hati la. Buang masa aku je nak siap, jalan pegi balik kelas. Last week kata ada kelas. Tapi tak muncul. Nak buat kelas buat la. Jangan acah acah. Sabar je laaa.

Balik la kolej. Beli makanan. Makan laju laju nak kejar masa nak study bio. Pulun punya pulun pukul 12.30tgh hari tiba-tiba Wan hantar sms kata test bio cancel. Postpone hari Jumaat. Awal awal tau tue happy la kejap. Tapi fikir balik, makin bertangguh la kerja aku. Dah la Khamis nanti test Chemistry. Tambah pulak penat-penat je aku bangun pagi-pagi. Kalo tau tidur pon bagos. Tak apa la. Dugaan. So fokus je la untuk presentation ETR petang karang.

Pukul 4. Keluar bilik nak pegi presentation la. Call group member budak laki diorang kat mana. Diorang kata baru nak print! Oh damn. Aku cool je lagi time tue. 4.30petang, diorang masih lagi tak muncul. Sampai la panel sendiri dah sampai! Aku dah cuak habis da la. Arep dengan Fakaf dok kat rumah lagi tengah print. Memang kecut abes la. Nasib panel tue macam sempoi sebab dia pon busy hari tue. Dia tak boleh abeskan presentation petang nie sebab pukul 5.30 ada kelas. Dia boleh habiskan 2 group je. Masalahnya, yang ada masa tue hanya aku dan 4 orang lagi kawan aku. Kira nya tak ada 1 pon la group yang cukup ahli. Tunggu punya tunggu. At last panel tue sendiri kata tangguh besok. Tapi dengan syarat mesti dah siap print semua. So tangguh la besok pukul 10pg. Tempat tak tau lagi. Kena tempah.

Haishhh. Apa la nasib. Satu benda pon tak menjadi hari nie. Semua bertangguh. Tak rehat lagi la aku malam nie. Baru plan nak tidor puas-puas malam karang. Tak ada rezeki. Dah boleh tangguh, masalah nak cari tempat pulak. Semua kelas full besok dari 10pg-1ptg. Habes check semua jadual kelas kat UiTM nie. Full. Semua kalut nak buat test dan presentation. Pikir punya pikir. Hampir nak guna Lab Bio dengan Lab Fizik la nak jadikan tempat present. Tapi jadual pulak tak kena. Nasib la. Aku dah give up. Aku balik je sorang. Macam orang gila. Tak tau kenapa. Macam serabut dan frust sangat. Kalau tak ada tempat nak present memang mati la. Nak buat malam besok, aku ada kelas. Gila betol la. Syllabus da abes nak buat kelas lagi. Bukan ada final paper pon! 

Akhirnya, ada sapa ntah dapat genius idea pasal kelas dekat library. Dan alhamdulillah, kosong. So besok pagi la present. InsyaAllah. Aku dah tak berani nak jamin lagi dah. Harap jadi laa. Dan aku masih tak boleh nak relax sebab bottom line nya group aku tak complete pon lagi kerja. Slide tak complete. Report pon tunggang langgang. Malam nie kena edit lain. Tidor pukul 4 pagi lagi la gamaknye. 

T____T

8 comments:

nena Azizi. said...

AKU BENCI ETR!!!!!

Insomniac. said...

AKU SUKEEEE ETR!!

eyna said...

bkn awak sorang yg gila...haha

Insomniac. said...

HAHA.sabor je la

nena Azizi. said...

forget about etr. bel pulak!!!!

Insomniac. said...

hahaha.tau xpe!!! tak start ape lgsg

Iena Arshad said...

peh busy gila life ang weh. mau klu aku letih sgt memang tdoq dah. kira apa keja siap ke x. otak x leh jalan dah.

Insomniac. said...

huhu.nak buat macam mana. kerja group. kalo kerja sendiri mmg aku x kisah. tapi tue la. x semua kasi komitmen. bengang2