Saturday, February 12, 2011

keluar bilik.

Semalam (Jumaat) sangat memenatkan dan tak terduga. Dah la hari Rabu haritu tak jadi nak present presentation sebab group sebelum kitorg tue amik masa laaaaaama gila! Naik bosan aku. So kena la postpone hari Jumaat. Kira jadi first group yang present lah. dug dag dug dag. Pagi Jumaat tue semangat o0o pegi kelas awal.hihihi. Tengok-tengok sorang group member aku nama Bob nie balik rumah pukul 1pagi semalam sebab ayah dia sakit. Fine. Tak marah. Emergency kan. Tapi yang si roomate nye Bob merangkap jugak group member aku lagi sorang kot la nak kasitau aku dgn kawan aku lagi sorang nie. Kan senang. Tak payah la nak susah-susah nak nervous dan bangun awal. Okay,dugaan. Time dalam kelas tue memang mengantok gila la tgk group lain present. Haishh. Abes kelas pukul 10. Memang niat dalam hati nak kampoi tido. Lepas makan dalam pukul 11.20 tido. Pukul 12.10 terjaga sebab Bob message. Then baru nak lelap sambung tidor. Ada 2 orang makhluk jiran sebelah aka gegurls bukak pintu.


"M..tido ke?"
"awat??"

"jom keluar.bosan" 

Hishh.. korg berdua nie tak leh tengok aku senang sikit. Mentang-mentang la kelas hari Jumaat takde complain lak bosan. Cuba fahami situasi aku wahai gegurls-gegurls sekalian. Dah tue ajak pulak pegi Kangar. Aku tanya nak buat apa. Saja-saja nak jalan, nak keluar dari bilik jawapan yang diberikan. Bila aku tak nak ikut. Mengungkit! Kata dulu kalo aku ajak keluar Pizza, dorg ikut.Aku nak kek besar,dorg ikut. Ape je aku nak, dorg ikut. *pikior pikior balik, memang betol pon! hahahahaha*. Arghh. Tapi takde pasal la. Kan tak baik mengunkit. Hahahaha. Dah tak nak tue tak nak la. Kangar nak jalan pegi mana je? Aku nak alang-alang keluar tue, pegi la Jitra ke. Alor Star ke. Sewa kereta. Setelah banyak kali berunding. Akhirnya mencapai persetujuan, keluar dari bilik,sewa kereta,pegi Alor Star.heeee. Bertolak dari Kuala Perlis pukul 3. Dalam 3.50 sampai. Wahh.laju jugak akak driver kite drift. Walaopon bawak vavi je. Eh silap. VIVA.

ini kak syiba aka gegurl number 1.comel kan apek baju kuning tue.

ini dia gegurl number 2,izzati.akak driver kite.bawak auto je pon gadoh kata penat! :P

ohh.ini semestinya big boss.muka ketat itu di buat-buat.

Sampai je Alor Star terus pegi Pacific sebab tak tau nak pegi mana lagi kan. Perut lapar terus pegi McD sebab tak tau nak pegi mana lagi kan. Abes makan round satu mall tue. Tengok-tengok dress. Gegurls kata mahal dress kat situ. Mahal ke? Aku tak amik tau.haha. Yang penting semalam takde sape pon yang shopping. Semua just tengok-tengok je. Nama pon nak keluar dari bilik kan. Tercapai la tue hajat. Pusing punya lah pusing sampai pukul 4.45 dah tak tau nak pegi mana dah. Duit pon bawak cukup-cukup makan je. So blah dari Pacific. Hajat nak ke City Plaza. Tapi on the way nak ke sana semua pikir nak buat apa kat City Plaza tue haa. Aku pon tak tau. Tapi memang dah tak tau nak pegi mana. Aku pon main cakap je la,'jom balik kampung aku'. Sangat tak sangka mereka berdua nak. Bukan takat cakap nak aje. Memang btol-btol nak. *jangan nak tipuuuu. :PP*. So.tanpa di-plan.Ktorg pon menuju la ke kampung terchenta. Call mak jang, nasib baik dia ada kat rumah. Sampai je kampung terus pegi main dengan itik dengan Dik Apit. My cousin. Bersemangat okay kejar itik!

Approximately 200 more or less.

posing itu perlu.

yaa.sangat perlu!

okay.mula dahh.mula dahh

yang nie pon nak jugak.tak payah kot wedges tue.hihihi

nak pegang tapi takut kena sudu.







Ohh ye. Dalam masa yang sama Amet ada call bestfriend dia yang tinggal sekampung dengan aku. Nama nya Apit. Perlu ke mention lebih pasal Apit nie? hehehe. Tak perlu kot. Malas lah.


Apit dan Dik Apit.

Syiba excited jumpa Apit.

err.no komen!





So begitu lah cerita nya. Mak jang suruh tidur sana tapi malangnya kereta kena hantar pukul 10malam. Rugi. Rugi. Lain kali ye mak jang. Dalam pukul 7.30 chow dari kampung menuju ke Kuala Perlis. Makan-makan. Balik. Sampai bilik 10.40 malam. Gila penat. Pukul 12 kebaboww terus masok tido. ZzzzzZ



4 comments:

Iena Arshad said...

janji berjalan weh. dr teperuk kat uitm tu. kang bosan. hahaha. weh ang bila nak bawak keta?

Insomniac. said...

hahaha.kan kan.
errr.tak tau laa.ramai dok push aku suh amik.aku wat dekk je.hahaha.
hg amik da ke?

waled kiut kot said...

awat ayu pi dok situ?? dia bwat apa???

Insomniac. said...

hahahaha.banyak gila species ayu kot! bhahahaha.