Tiba-tiba teringat kenangan masa sekolah rendah. Seronok fasa hidup time tue. Laki perempuan boleh je main kejar-kejar, bertepuk tampar. Siap cikgu tolong susun kan tempat duduk dengan berlainan jantina lagi. *takpatuttakpatut*. Masalah pon tak ada. Kerja main je. Hari-hari dapat duit sekolah.
Sekarang? Aduhh. Macam-macam benda kena pikir. Kena pikir pasal masa depan. Nak dapat kerja elok elok. Nak gaji tinggi. Nak ada kereta, rumah sendiri. Dan yang paling penting nak kawen. hihihihi.
Arghh. Persetankan hal-hal orang dewasa. Aku nak back to memory lane. Where everything was so fun and stress free. Antara perkara yang aku teringat masa zaman sekolah rendah kalau nak tau baca lah lagi.
1. Kawan olok-olok.
hahaha. ini mostly berlaku dalam kalangan budak perempuan la. Tau tak main olok-olok tue apa? Kalau tau bagos, kita serupa. Kalau tak tau bagos, anda naif! Aku tak tau la sape yang cipta kawan olok-olok tue. Idea yang sangat bernas dan sampah. haha
2. Rambut.
Siapa rambut panjang kira cantik la. Macam princess la konon-konon. Semua orang adore. Nanti tiap-tiap hari tukar fesyen rambut. Isnin tocang ekor kuda. Selasa sanggul. Rabu tocang dua. Khamis dandan. Jumaat pakai kelip-kelip butterfly.
3. Gila kuasa.
Aku pengawas dulu masa sekolah dekat Kluang. Tapi aku rasa aku lebih kepada penyangak kot. Sebab dulu kalau semua cikgu kena mesyuarat, pengawas kena jaga kelas. Kelas yang aku jaga adalah antara yang malang la. Sesuka hati je aku suruh semua budak kelas diri atas kerusi. Mana yang aku nampak atau rasa baik aku kasi la duduk. Dan budak-budak tue pon naif tak kasitau cikgu pon. *makasih dik*. Betapa berkuasa nya dulu. Lagi satu kalau nak dekat masa rehat mesti mintak keluar awal dekat cikgu sebab konon nak jaga kantin nanti. Tapi hakikatnya sebab nak beli popia goreng tanpa perlu beratur. muahaha
4. Kumpul pemadam.
Pergi koop beli pemadam empat segi yang ada cop bendera macam-macam negara. Lepas tue main pemadam. Siapa yang menang dapat pemadam orang yang kalah. *ala-ala Fast and Furious la pulak*
5. Easy bag.
Ingat easy bag? Alaa. beg yang ada roda boleh tarik kalau beg berat tue. Ingat lagi dulu aku nak sangat beg macam tue. Sampai merajuk-rajuk dengan mama. Dah dapat, pergi sekolah tengok-tengok ada kawan lelaki aku pon beli beg sejibik macam aku. Hanya aku dan dia je yang ada beg tue. Terus aku tak nak pakai beg tue. Tak reti bersyukur betol aku dulu. *sorry mama, I love you*
6. Nanti aku sambung lain kalau tiba-tiba teringat balik. hihihi :P
So what are your primary school memories?
-roger and out-
8 comments:
haha..mmg lbh kurg je ngn aku..cuma aku xjd pengawas kejam je..hahaha..
hahaha.aku mmg pengawas yg celaka kot. hahaha. kesian bdk bdk tue
haha aku pun nak buat lah entry mcm ni . ;))
ahaks. buat le
main pemadam! tp pemadam tu x guna punnnn! hahahha
hahahaha.itu la! habis kn duit je
main sep tiang. hehe. (betul ke eja sep tue?haha.)
ohh. aku dlu panggil main tiang je. paham2 je konsep. hahahaha
Post a Comment