Wednesday, June 29, 2011

Turn Off #1



Bayangkan satu hari nie korang tengah jalan-jalan tiba-tiba ternampak Si A yang gila handsome/cantik jalan dari arah bertentangan ke arah anda. Jantung mula berkencang laju. Niat di hati nak bagitau member sebelah tapi takut nanti member tak reti cover kantoi la tengah usha Si A. Orang macam tue mmg spoil btol.hihihi. Semakin dekat dan dekat. Anda memang tak sabar la nak tengok A lagi dekat. Sampai la berselisih bahu. Punya la teruja nak tengok dari dekat. Sekali...... lalu-lalu je mak aih. Bau punya tengik. Sesak nafas teros!


Kat sini bukan nak Si A tue punya badan. Boleh jadi orang depan A tue punya bau tengik tak habis lagi. Tapi macam mana kalau itu memang bau Si A? Korang nak tak? Mungkin ada yang sanggup sebab barangkali dia fikir Si A lupa nak pakai deodourant hari tue. So forgiven la. hihi. Tak pon atas dasar rupa yang memang mantop korang sanggup asalkan dapat kapel dengan orang hot. Apa susah time date nafas guna hidung la kan. hahahaha.


Lantak korang la kalau korang sanggup. Aku tak nak. Sehensem mana pon kalo tak reti jaga kebersihan, big turn off bagi aku. No way man. Nak hidup bersama orang macam tue. Jangan salah faham. Aku bukan nak kutuk ke apa. Aku tau sesetengah orang yang sangat malang memang mempunyai masalah badan berbau. Sebanyak mana pon ubat ketiak mereka calit kat ketiak. Banyak faktor yang menyebabkan masalah bau badan nie. Kadang-kadang sebab faktor keturunan, penggunaan ubat ketiak yang tak sesuai atau orang kata tak cukup kuat? Kira nya bau ketiak lagi power dari ubat ketiak la kot. haha. Tak pon sebab pemakanan seperti banyak makan makanan berbau seperti bawang. Tak pon faktor si pembau itu sendiri. Haaa. Yang ini yang aku tak nak nie. Kurang jaga kebersihan diri. Pagi-pagi mandi P.Ramlee je sabun badan ntah ye ntah tidak. Bakteria yang terlekat dari semalam pon tak tertanggal. Lepas tue bila nak calit ubat ketiak, tak kena kulit. Al-maklum lah, bulu ketiak dah panjang sejengkal dua bulan tak potong. Last-last sapu ubat ketiak atas bulu je. Baik tak payah calit! Kes bulu ketiak panjang nie aku tak spesifik kan kepada kaum lelaki sahaja ye. Sebab aku dari sekolah asrama. I know. hihihi. 


Dah la mandi P.Ramlee, pakai ubat ketiak pon macam pakai tak pakai je, muka pon dah nampak muka busuk, pakai pulak baju hapak tak basuh seminggu. Itu yang nak jadi bau badan tengik sampai menyesakkan dada orang-orang sekeliling. Tak pon baju lama yang sememangnya dah berbau di bahagian bawah lengan. Biasalah, sesetengah fabrik memang lama-lama akan serap bau badan dan akhirnya bau tue memang kekal teros kat situ. Tak kisah la kita dah rendam 4 hari 4 malam ke. Tetap ada. Seeloknya buat aje la kain buruk. Jangan pergi derma dekat orang pulak. Buat naya orang je kena hidup dengan bau badan kau. Adei. Dan dan aje nak bermurah hati. :P


Tak kisah la siapa anda. Laki mahupon perempuan. Kecik, besar, tua, muda. Kebersihan diri sangat penting. Aku tulis entri nie pon untuk mengingatkan diri sendiri. Iye la, kadang-kadang aku pon time datang hari malas tue, malas jugak nak cabut bulu ketiak. Tapi tak pernah la aku simpan sampai sejengkal okay. Mintak simpang. haha. Lagi satu, bau badan kita nie tak boleh bau sendiri. Hanya orang sekeliling saje yang tau. Oleh itu, rajin-rajin la tanya member-member kalau ada ter-bau bau badan korang yang menyesakkan. Peace!




jangan jadi macam nie. orang sekeliling dah react pon buat muka tak bersalah pulak. -.-'




-roger and out-



No comments: