Saturday, March 3, 2012

Kemaluan.


Kemaluan?!
*Gasp*

Chill. 
Sebelum otak suci korang mula fikir kearah lain, sila baca cerita ini sampai habis.

Pernah tak mengalami kejadian yang amat memalukan diri sendiri semasa di tempat awam? Walaupon dah berkurun lamanya peristiwa itu berlaku, tapi bila di kenangkan balik, tetap rasa malu gilaaaa? Now lemme tell ya mines.



1. Starbucks vs. La Senza


Hal nie baru je berlaku dalam dua minggu yang lalu. Biasa lah, baru masuk gaji teringin la sikit nak berlagak macam orang kaya minum dekat Starbucks. Bila tengah bulan dah pokai, rabak bancuh kopi Cap Gantang je la minum dekat rumah. tihtihtih


Berbalik kepada cerita. Sambil-sambil order kopi, bawak keluar la kad Starbucks, pegang siap-siap supaya nanti tak payah la bila nak bayar baru terkial-kial nak bawak keluar kad. Sangat efisien bukan? Tapi ke-efisien aku tue tidak bermakna.




*hulur kad like a boss*


                                                                     "Cik nak bayar guna kad Starbucks ke?" *mula blurrrr*

                                   "Aaaa. Ye"

                                                                     "Tapi nie......"


*baru rasa nak tengok kad, OMG! wtf!*


Rupanya aku tersalah kasi kad.




patut kasi yang ini.

tapi pegi kasi yang ini!!


Malunya?
Ya ampunnnn. Bukan kepalang lagi. Nasib cashier tue perempuan dan masa tue tiada customer lain yang beratur belakang aku. So ktorang boleh la la bergelak sakan time tue. Aku pon kena la buat-buat lawak kata, "nie la susah kad banyak sangat" untuk cover malu yang pada hakikatnya tak ter-cover dah. 

Tengah tunggu air siap, budak tue boleh pulak tanya aku kad La Senza tue kad member ke, kad diskaun. *Ehhh. Tak habis-habis lagi ke topik La Senza dik? Akak malu tak habis lagi nie. Takmo kasitau!* Tapi sebagai orang yang berbudi bahasa, mesti la aku jawab pertanyaan dia dengan penuh sopan santun. :D

Itu la akibat over confident. Konfiden je aku bawak keluar kad tanpa melihat langsung kad apa yang aku bawak keluar. Dah dah tue, bukan pergi bawak keluar kad ic ke apa. Pegi bawak kuar kad coli. hahahahahaha



2. Baju Baru


Haaa. Cerita nie aku rasa cerita paling memalukan bagi aku. Tak tahu kenapa. Tapi sampai sekarang kalau aku kenang-kenang kan balik, masih ada rasa malu yang tebal di lubuk hati ini.


Berlaku masa aku masih di sekolah menengah. Tak ingat form berapa. Form 3 atau Form 4. Ehhh. Ke Form 5 ntah? Tapi yang pasti bukan 1 atau 2. 


Ceritanya begini. Aku baru beli satu tshirt berlengan panjang kaler putih corak baldu gambar muka orang. Balik rumah aku just gantung dalam almari dan tak pakai-pakai. Sampai la satu hari nie, kawan aku ajak pergi library. Serious cakap, aku memang jaaaarang gila pergi library aka bukan kaki library. So, bila diajak ke library, aku tak tahu nak pakai apa ( library kan ada peraturan etika pemakaian, pergaulan, etc. You know right?). Baju-baju lengan panjang aku kebanyakan nya aku tinggal kat asrama. Punyalah geledah almari, taadaaa! Aku jumpa baju tue. Aku tengok, macam sesuai. Try la pakai. Pakai pakai, macam okay. So aku pakai je la teros pergi library. Sampai library, jumpa kawan aku, cari port chantekkk punya, duduk. Sehingga la tiba-tiba ada orang dari belakang, tepuk bahu aku sambil tergelak-gelak berkata lebih kurang macam nie,


"Ermm.. Awak, awak lupa buang tag harga baju."


*OMG! WTF! muka merah padam sampai lebam*


Kenapa aku tak ingat nak buang tag harga tadiiiiii!
Rupa-rupanya tag harga tue dari tadi tergantung keluar dekat leher belakang aku.

Ini memang malu gila. Aku pon dengan muka kering nya berkata, "Oh". Sambil masukkan balik tag harga tue dalam baju. Dalam hati sebenarnya rasa macam nak lari balik rumah, taknak dah datang library tue sampai bila-bila. 

Tapi aku tak tau macam mana aku boleh maintain je cool+muka kering+tebal muka stay dekat situ. Hebat tak? hehehe


*******************

Ini je la yang aku ingat buat masa sekarang. Mintak-mintak la dijauhkan daripada sebarang peristiwa yang memalukan selepas nie. Tak sanggup nak menahan perasaan malu. hahaha


p/s - Pernah terbaca nie dekat twitter. Ayat dia lebih kurang macam nie,

               "People laugh at Jessie J during a red carpet event last night. Why? Because she forgot about the price tag"


And I was like, siotttt. 


-peace and out-


No comments: