Wednesday, August 15, 2012

Nak Semuaaaa Baru!


Hi. Assalamualaikum.

Raya nak dekat timbul dah. Mesti ramai yang sibuk menghabiskan duit sebab shopping tak ingat Ramadhan. Tak tahu la kenapa dengan Hari Raya yang membuatkan semua orang nak serba serbi baru. Sofa baru, langsir baru, karpet baru, kereta baru, almari baru, semua lah! Untuk aku, cukup la sekadar baju baru nak pakai masa pagi raya. Hari kedua tue aku pakai baju kurung biasa yang aku pakai ke sekolah. Tapi tahun nie raya kedua pon aku pakai baju kurung baru. Sebab hari tue dekat Tesco Shah Alam ada sale baju kurung. So aku pon sebat la dua pasang RM80. hihihi. Mengapa tidak kan? Kasut pulak aku rotate je yang tahun-tahun lepas punya takpon pakai selipar je sebab beraya dekat kampung, tak ada masa nak pakai bukak pakai bukak kasut tiap kali pergi rumah orang. Leceh. Silap-silap kasut baru kena pijak dengan orang. Memang kasi terbakarrr. 

Tapi, tak boleh complain. Mana la tahu memang diorang mampu kan nak serba serbi baru tiap kali raya. Kita yang tak mampu nie senyap gigit jari tengok je la. Jangan la pulak nak pergi compete dengan jiran tetangga sampai sanggup menanggung hutang. Aku pon, kalau nak diikutkan hati, bukan time raya je. Tiap-tiap masa aku nak benda baru! *gilaa tamaaak* 



Nak jam nie. Walaupon ini jam lelaki, aku nak jugak. Dalam dia mother pearl so kalau kena cahaya nampak lah refleksi mutiara dia. Kedai jam kan penuh lampu. Nampak cantik sangaaaat. Sepanjang aku jalan-jalan keluar masuk kedai jam, hanya kedai jam dekat Shah Alam je ada jam nie. Tiap kali pergi mesti aku tengok. *gila loserrr!* Harga? RM 2650 JE. Memang tersangat lah aku mampu, bayar guna duit saidina. 

Beg Braun Buffel. Aku suka beg kulit berbanding satin macam yang ramai tengah gila tue. Tak tahu nie harga berapa.

Sukaaa gilaaa dengan subang Thomas Sabo nie. Hari tue ternampak kat outlet dia dekat The Garden. Suka sebab dia tak besar dan design dia simple. RM650+ JE. Nak beli boleh diusahakan, tapi aku rasa rugi je. Dari beli nie, baik aku beli subang emas teros. Ada value sikit. *ayat penyedap hati*. Tapi betol apa??

Sneakers ala-ala gradiator. First time nampak dia dekat Zalora teros jatuh hati. Hampir nak beli dah hari tue, tapi tak tahu kenapa tiba tiba rasa macam berat hati nak beli. Duit abah dah kasi untuk birthday nak beli apa beli sendiri. Mungkin tiada jodoh barangkali. Dengan tiba-tiba pulak kecoh dengan konon-konon Zalora penipu? Ntah la. Tapi memang tak pernah nampak lagi la kasut nie jual kat kedai di Malaysia. Haruskan aku pesan dekat kawan di seberang? RM 250-RM 280 (Zalora ada sale).


Aku suka camera yang macam nie. Tak suka dslr. Berat. Lagipon aku bukan la nak jadi photographer terulung ke apa. Hanya sekadar suka tangkar gambar jadi lah. Harga? Tak ingat. hahaha

*****

TAPI
Itu la orang kata, jangan mintak sangat. Nanti dapat betol-betol. Dalam kes aku, nak sangat benda baru kannn. Last last ini yang aku dapat:


Jerawat baru dekat hidung. Betol-betol kat spot macam orang dalam gambar nie (kau ingat aku gila sangat nak letak gambar jerawat aku?) cuma aku belah kiri. Dan dan, sekarang aku macam demam tak demam, dan jugak selsema! Tiap kali nak lap hingus je. Mak aiiii. Sakit oiiii sakiiiit! Serba salah jadinya. So aku sumbat tisu. hahaha


Hurmm. Tak bergambar sakan la aku raya nie. 


.Roger and Out.



2 comments:

Firdaus® said...

Prince_Epi ni twitter aku =) hehehehe... nice blog azrena =_)

Insomniac. said...

kau nie tak habis2 dgn prince kau tue. haha. thanks