Wednesday, March 16, 2011

Nature getaway.

Saya sudah pulang. Gila penat okay. Tiga hari dua malam duduk dekat Sungai Sedim tue sangat lah mencabar. Memang betol-betol punya survival la. Ermm. Takde la survival 100% tapiiii survival la jugak. Paham tak? haha. 

Hari pertama

Hari pertama sampai tue memang rasa nak balik sangat. Bila tengok keadaan tempat nak tidor dan yang paling seksa sekali TOILET! Tak ada shower room. Memang jamban semata-mata. Kat situ la nak basuh muka, gosok gigi, berak dan kencing.(mandi pagi takde.hanya mandi tengah hari lepas aktiviti.itu pon mandi je kat sungai!) Air slow. Flush tak berfungi. Oh ye, hanya ada 4 buah jamban sahaja nak share dengan 43 orang. hehehe. So ye. Untuk aku memang la sangat tak best, nak balik. 

itu lah pondok tempat tidor
tempat kumpul kumpul
tempat paling bestttttt, the jamban.


Lepas letak barang dan makan tengah hari ada briefing dari Pak Ngah. Tak pasti la dia tue owner ke apa tapi macam dia orang kuat la. Aktiviti pertama buat jungle trekking. Memang masuk hutan betol-betol la. Jarak jauh kena jalan kalo tak silap dalam 2-3km je. Masuk punya masuk, jalan punya jalan. Akhir nya sampai kat camp site. Tepi air terjun. Cantik! Tapi tak sempat nak tangkap gambar. Dan aku dah cuak time tue sebab takut kat pacat! Ramai gile yg kena kiss dengan pacat. Aku memang terpacak je la tengok keliling kasut kot ada yang naik. So kat camp site tue kitorg kena masak. Kena buat api sendiri. Masak guna buluh tauuu. Jenuh dok tiup bara api nak kasi api nyala. Seksa la jugak nak kasi masak segala nasik dan lauk tue. Start masak pukul 4 ptg. Pukul 8.30 baru boleh makan. Yup. 8.30 malam. Time tue memang gelap la dalam hutan. Hanya bergantung kat lampu suluh. Time tue memang rasa macam nak baaaaalik je! Baru sedar yg diri nie tak close langsung dengan nature. hahahaha.

tiup punya tiup tak hidup hidup api tue

antara mangsa yang kena pacat.





you see. berasap gila sampai naik pening.
So itu la antara gambar yang ada. Time makan tak leh nak tangkap gambar sebab dah gelap. Nak ikut kan patutnya tido kat situ. Tapi cancel sebab faktok cuaca dan juga Wan dan Ijjaz dah kepala pusing sebab makan asap banyak sangat. Nasib baik tak tido sana! haha. So dalam 9.30 malam bertolak balik. 10.10 malam sampai tapak kem. Tak mandi. Cuci muka je. Supper. Dalam kul 11.30 baru boleh tido. Sejukkkk gilaaa. Sampai ke tulang! Bertilamkan simen. Sakit bontot!


Hari Kedua

Hari kedua adalah hari yang di tunggu tunggu. Sebab tak masuk hutan. Legaaa. Aktiviti hari kedua main-main air je. Kena buat water confident and rafting. Best siotttt. Tak puas. Water confident kena terjun dalam air sedalam 3 meter then kena float sampai kena rescue oleh skipper dan member-member. Terjun dua kali. hehe









Aktiviti seterusnya rafting. Tak ada gambar. Tak sempat nak rampuk gambar dari orang lagi. I'll post it up later okay. :) 
Petang tue patut nya buat abseiling. Tapi hujan lebat. Cancel. Isteri Pak Ngah aka Mak Ngah buat cucur pisang panas dan kopi o kampung kaw kaw. Terbaikk. Malam tue kena buat persembahan dari setiap group. Group aku buat bodoh bodoh je. Pastu main teka teki yg macam siot jawapan-jawapan nya. 

p/s - time nie rasa nak berak yg amat sangat.tapi usaha tahan sebab tak berselera nak berak kat jamban tue sebab air sikit.kena queue.tak sanggupppppp.

seluar retro.muka dah selebet habis.memang tak tempek pape pon kat sana. au naturel. LOL
Hari ketiga

Akviti yang paling sengal dan yang paling tak suka. Sebabnya yg pertama, kena masuk hutan balik! Pacatpacatpacat! Kedua, kena tutup mata dengan kain. Ketiga, Kena main air lumpur. Pusing badan 360 darjah dalam lumpur tue dan amik air tue sapu kat muka. Dah nama pon blind trail. Memang macam haramj la sikit. Memang kena buli la dengan semua skippers. Lumpur penuh satu badan. Rambut pon jadi keras. Abes abes je blind trail tue terus berendam kat sungai. Pasir masuk abes dalam bra dan underwear. Nasib pacat tak masuk sama. haha.

p/s - sebab tak tahan dah sangat.terpaksa jugak berak.hahaha.tapi sebab time tue orang tak ada.dan air tengah banyak.so boleh berak dengan tenang nya.

Lepas mandi,makan then get ready nak balik. yuhuuu. Perasaan campur baur nak balik ke tak. Kadang kadang rasa macam best sangat kat situ. Tapi time aktiviti yg tak best tue paham paham je la.hehehe. Nak ikut kan jadual sepatut nya bertolak balik pukul 2.30. Tapi bayangkan, pukul 3 ktorg dah tunggu bas. Bas baru nak bertolak dari Arau! !@#$%^. Siottttt. Memang siot. Terpaksa tunggu lagi 2jam lebih bas nak sampai. Memang mati akal. Dah la penat nak mampos. Boleh pulak baru nak bertolak. Sampai sampai je kat Sedim tue pukul 6 bukan tau nak mintak maap. Pastu buat muka ketat. Nak aje aku penamparrrrrrrr. Then berhenti kat r&r Gurun sikit punya lama. At last pukul 10.40 baru sampai bilik. Penat tak terkata. Rasa syok gila dapat tidor atas tilam dan bantal.



bertapak kat toilet sementara tunggu bas.
pinjam moto skipper nak beli air sebab dahaga nak mamposss

Encik Bahar belikan goreng pisang panass.nikmat btol.tqtq!

That's all for now. Nanti tunjuk lagi gambar especially for the second and third day. Cuma kat sini nak kata yang saya sangat happy sebab tak kena gigit pacat. Tips nya? Senang je. Spray perfume kat kaki sebelum buat aktiviti. hehe. 

-roger and out-


2 comments:

schiffer said...

seluar retro itu sangat retro ya!memory asrama duhh~ :D
ang punya aktiviti main air seronok gila! pesal aku g kem xda wat water confident, rafting suma tu pun! adalah jeles okey! picturesss pleaseee!

Insomniac. said...

hehehe.retro habes kan? hahaha!
serious besttt! memang tak puas la.tambah2 lagi rafting. kalo betol2 pny rafting 2jam. haritue buat dalam 15 mnit je. sangat tak puas.