Friday, August 3, 2012

kalau boleh


Mungkin agak terlambat nak membincangkan pasal budak sekolah boleh bawak handphone ke sekolah. Tapi nak cakap jugak.
Macam-macam reaksi aku tengok. Semua tak puas hati. Nanti tak belajar la, siap ada katun lagi tunjuk nanti cikgu kalau nak check kedatangan tak payah panjat tangga sampai 4-5 tingkat. Call je ketua kelas. Sangat cool ok. Silap silap nanti student punya handphone lagi canggih dari para cikgu. Mesti sentappp cikgu-cikgu, then gossip kat bilik guru. hahaha

Tapi.
Pada aku tidak. Aku tak fikir pon semua itu. 
Benda pertama yang aku fikir adalah:

"Perghh. Rugi la diorang kalau boleh bawak handphone legally. Tak dapat merasa getaran dan kehangatan kecuakan keguguran jantungan bila ada spotcheck." 

Seriously, rugi. Masa aku kat sekolah dulu, bila ada ura-ura nak ada spotcheck je semua orang gelabah biawak. Itu dalam ura-ura baru. Tak kira kalau memang spotcheck mengejut. Tambah dengan muka 'target' nie, memang kita di check lebih daripada biasa. hihihi. Ingat lagi betapa luruh jantungnya bila kawan datang kasitahu, "Wei. Ada spotcheck la. Warden semua tengah check kat asrama." Then mula lah plan nak sorokkan handphone kat mana-mana. Kalau yang tinggalkan handphone dalam locker kat asrama memang berserah je la agar tak kantoi. Tapi ada kawan aku sorang nie pulak sangat effektif dan licik. Dia boleh pulak kasi 1001 alasan supaya boleh masuk asrama kejap 5 minit, then tolong selamatkan telefon-telefon kitorang. Tapi dia tak bawak pon! haha. Terima kasih lah Ayu. Jasamu sangat aku kenang. hahaha

 Disebabkan oleh hal ini la ramai student yang menjadi kreatif. Yezza, kreatif dalam mencari jalan untuk sorok kan telefon bimbit masing-masing. Antara cara yang popular mesti la letak dalam buku. Cari mana-mana buku tebal, potong page tengah-tengah ikut bentuk telefon. Boleh la bawak 'buku' kemana-mana. Hingga ke toilet! Terharu cikgu tengok student rajin membaca. Tapi! Cara itu sudah lapuk. Warden sekolah aku dapat tahu. So dah tak selamat.

Aku?
Pernah dua kali kantoi. Sekali tue aku tengah demam, ada spotcheck terlupa nak sorok telefon lagi satu. Ya, gila babeng time tue pegi bawak sampai 2 bijik. Kali kedua kantoi, telefon letak bawah bantal. Aku pergi mandi. Spotcheck mengejut gila-gila iaitu masa kitorang balik rehat lepas makan tengah hari. Tak pernah pernah spotcheck time macam tue. Dorm aku pulak ground floor, memang tak sempat dapat warning apa laaa. Sedang seronok aku mandi kawan aku jerit,
 "M!! Ada spotcheck. Handphone hg kantoi tak sempat nak selamatkan."
Aku: "........ Gelak gelak....... Gelak.... Pergi kelas....." 
Tapi sehari je. Besok dapat balik tapi kena post balik rumah la. Siap kena tulis surat akujanji lagi takkan bawak telefon ke sekolah. Tapi maaf, kali itu janji tak ditepati.

Bila dah berpengalaman kena rampas handphone nie. Otak aku pon semakin ligat memikirkan cara macam mana taknak kasi kantoi lagi. Aippp. Tak serik serik. Alaa. Senior la kata kann. Pikir punya pikir. Jenggg! *insert a light bulb here*


Yeaa. Aku sorok dalam air kotak Milo. Minum, gunting bahagian bawah elok elok, basuh, kering, tadaaa! Handphone aku kecik dulu so aku guna yang kotak kecik paling kiri tue. Menang muat elok-elok je. Malam-malam pergi prep konon-kononnya bawak bekal air milo la konon. Baru bertenaga nak belajar! Bila pergi sekolah letak sekali kat tempat makanan. hihihihi

Handphone kesayangan. Zaman dulu mana la ada touch touch nie. Slide je habis hot.

Okay, jauh menyimpang dah entri aku nie. Berbalik kepada isu asal, jikalau budak sekolah boleh bawak telefon ke sekolah, maka daya kreativiti mereka akan menurun. *ayat tajuk karangan untuk BM karangan 300 patah perkataan*

Tapi seeloknya jangan la bawak. Bukan best pon bawak. Aku dulu bawak ntah kenapa. Saja. Nak message pakwe, takde. Tapi tak tahu la kan zaman sekarang lain, dengan facebook dan twitter. Confirm tak belajar dengan banyak distraction dari social websites nie. 

Rindu pulak zaman sekolah, maksud aku kawan-kawan dan pengalaman macam nie la. Bukan rindu nak belajar biology, physics and chemistry. Apakan pula Add Math. *saya budak PPSMI, subject kena la omputih*

Roger and Out.

2 comments:

~ ika popo ~ said...

tu la,xpyh la bwk fon..tp zaman hostel dlu mmg best!port aku dlm bekas sabun serbuk,hntar kt toilet.hehe.tp pnah jgk kne rmpas mse cas dlm blik.huhu.anyway,ayu mmg heroin! ;-)

Insomniac. said...

haha. tak thrill la kalo tak pernah kena rampas kan. :P
itu laa. budak ayu tue mmg. ada2 sj trick dia!